wahai rakan2 sekalian,
sy menyeru rakan2 utk mengambil lesen kereta sementara Summer masih ada ini.
nnti boleh
practice kete sama2..
amik exam sama2..
lulus sama2..
beli kereta sama2..
drive sama2..
jalan sama2..
=]
sy menyeru rakan2 utk mengambil lesen kereta sementara Summer masih ada ini.
nnti boleh
practice kete sama2..
amik exam sama2..
lulus sama2..
beli kereta sama2..
drive sama2..
jalan sama2..
=]
jadi, kalo nk, sy sertakan sekali emel dr cik Wan Khalil Wan Ahmad (Oct 11 2008)
*kalo x nnti kne plagiarism..hehe
take time, bc la ye~
Assalamualaikum,
Cara-cara memohon lesen Pennsylvania - bagi sesiapa yg tidak mempunyai SSN (social security Number)
1) Pergi ke 412 Bouke, dapatkan 'Pennsylvania Driver's Manual' dan minta surat.
2) Buat temu janji dengan 'University Health Services(UHS)' untuk ujian fizikal,$$$. Dapatkan resit.
3) beberapa hari kemudian pergi ke Bouke lagi.
4) kemudian pergi ke SSN office.
5) Pergi ke "Driver License Center" untuk ujian komputer(knowledge test).$$$. Jika lulus;
6) Buat temujanji untuk 'Road Test'. Jangan lupa untuk hadir 15 minit awal. Jika lulus;
7) Dapatlah lesen Pennsylvania.
kos keseluruhan sekitar $70 sahaja. $40 untuk ujian fizikal dan $30 lebih untuk permohonan lesen.
Penerangan terperinci,
1) Pergi ke 412 Bouke. Beri ucapan selamat kepada pegawai yang bertugas dan perkenalkan diri anda. nyatakan hasrat anda, " I would like to apply for Pennsylvania license, but I dont have SSN." Insyallah pegawai yang bertugas itu akan membantu anda untuk memohon. Pewagai bertugas akan memberikan anda satu borang untuk anda isi. Borang itu adalah untuk memohon surat dari PennState. Surat itu akan menyatakan status anda sebagai pelajar sepenuh masa di Pennstate dan anda ingin memohon lesen memandu. Surat itu akan dikeluarkan dalam masa 2-3 hari bekerja. Kemudian akan akan diberi satu 'Pennsylvania Driver's Manual' (http://www.dot3.state.pa.us/drivers_manual/pa_driversman.shtml). Di dalam 'Pennsylvania Driver's Manual' itu terkandung cara-cara memohon lesen memandu, borang permohonan(DL-180, http://www.dot3.state.pa.us/pdotforms/dl_forms/dl-180.pdf) dan undang-undang dan maklumat yang perlu anda ketahui untuk melepasi ujian berkomputer.
2) Sementara menunggu surat dari Bouke itu siap, anda bolehlah membuat temujanji secara online (http://www.sa.psu.edu/uhs/basics/online_access.cfm, sila rujuk dibawah untuk keterangan lanjut) atau dengan menalefon UHS (814-863-0774). Sebelum temujanji, sila isi borang DL-180 dan jangan lupa bawa borang ini semasa temujanji. Selepas temujanji anda selesai, anda bolehlah meminta resit rasmi dari UHS. Simpan resit ini kerana resit ini akan digunakan kemudian.
3) Setelah beberapa hari, bergantung kepada masa yang telah diberitahu oleh pegawai bertugas di Bouke, pergilah anda mengambil surat itu.
4) Kemudian pergi ke SSN office, jangan lupa untuk membawa borang I-20 dan pasport. Serahkan surat dari Bouke, I-20 dan pasport kepada pegawai bertugas. Tunggu seketika, anda dilayan. Pegawai bertugas akan memberikan kepada anda satu surat lain. Simpan surat ini.
5) Langkah seterusnya ialah pergi ke "Driver License Center". Sebelum hendak ke "Driver License Center' ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Pertama jangan lupa unutk membawa pasport, pastikan surat yang anda perolehi dari SSN ofice masih lagi valid, bawa buku cek anda untuk proses pembayaran (tunai dan kad debit tidak akan dilayan), borang DL-180 dan paling kurang 2 surat rasmi untuk mengesahkan alamat anda. Kebiasaannya surat dari bank akan digunakan. Pastikan pada surat itu ada nama anda, dan alamat pada surat itu haruslah sama dengan alamat dalam borang DL-180. Resit dari UHS boleh digunakan sebagai pengesahan. Saya cadangkan bawa 2 surat dari bank dan resit dari UHS. Di "Driver License Center", anda akan melalui ujian mata, unutk menguji penglihatan anda dan mengetahui samada anda buta warna atau pun tidak. Kemudian anda akan diminta untuk menduduki ujian "knowledge test". Jika anda lulus, anda perlu membayar yuran pemprosesan di kaunter dan anda akan diberi "Learner's Permit". Jika gagal, kena datang lagi pada hari berlainan untuk ujian komputer.
6) Setelah anda berjaya mendapatkan "Learner's Permit" dan anda bolehlah membuat temujanji untuk 'Road Test'. Untuk ujuan memandu di jalan ini, anda perlu ada kereta sendiri (saya boleh pinjamkan kereta saya) dan anda perlukan seorang yang berumur 21 taun keatas dan memiliki lesen memandu PA. Orang ini perlu hadir bersama anda. Oleh itu saya cadangkan, sebelum membuat temujanji ujian memandu ini, pastikan masa ujian anda bersesuaian dengan masa orang yang akan temankan anda. Saya masih belum 21 (arini besday khalil!). Boleh hubungi saya untuk proses pembelajaran dan mengajaran tentang cara-cara untuk lepas ujian ini. Saya boleh mengajar anda in person dan memberi beberapa tips. Jangan lupa untuk hadir 15 minit awal untuk ujian tersebut atau anda hilang kelayakan mengambil ujian.
7) Jika anda lulus ujian ini, anda akan diberikan "Temporary Driving License". Dalam masa beberapa hari bekerja, "Driving License" anda akan dipos kealamat rumah anda.
Membuat temujanji secara online:
1) lawat laman web (http://www.sa.psu.edu/uhs/basics/online_access.cfm)
2) klik butang "I agree to these term of use."
3) login PSU ID anda (jika berkaitan)
4) Masukkan tarikh lahir anda
5) klik "Appointments" pada tab sebelah kiri.
6) Schedule an appointment
7) pilih "physical exam" dan klik butang "continue"
8) pilih "Driver's license" dan klik butang "continue"
9) Pastikan semua maklumat betul dan klik "continue"
10) pilih masa temujanji yang bersesuaian dengan anda dan klik "continue"
12) Semak semua maklumat dan pastikan ia benar. klik 'Book'
13) Anda telah berjaya membuat temujanji secara online.
Thanks to Khalil ya..kalau da ok, kte boleh proceed process pengambilan lesen ini. semoga semuanya berjalan lancar hendaknya.
sila report progress anda, kerana sy tiada di college park (bajet jauh sgt je..=p
oh ye, cik zYda kita kirim salam rinduuuuu~!
pandu cermat jiwa selamat
4 comments:
Ringkasan;
1. Buat appointment dgn UHS utk ujian fizikal.
2. Amek buku memandu kat Boucke, dlm tu ade form yg doktor kene isi, so, bwk buku tu mase pg UHS nnti.
3. Mase amek buku memandu kat Boucke, isi borang "Letter Request Form"
4. Pada yg xdek SSN, pergi pjabat SSN mntak surat "nk mek lesen, tp xdek SSN"
5. Mase nk mek test komputer, bwk...
---a. "Letter Request Form" tadi
---b. surat dr SSN tadi
---c. passport, I-20
---d. 2 surat yg ade alamat korang
---e. form yg doktor isi
---f. cek (die x trima cash, debit card)
pejabat ssn 2 ktne?
bagus2 shamilah..mls nk summarize sbnrnya, copy paste je..hehe
pjbt ssn dekat ngan lexington. =]
Gile a korang :). Good job...
Amin PSU '06
Post a Comment