Saturday, June 6, 2009

Laki-laki atau perempuan?

Hai kawan-kawan. Hari ini hari yang sangat istimewa sebab hari ini hari pertama saya bekerja di dewan makan Findlay. Hari ini juga istimewa sebab pada hari saya bekerja, sedang berlangsung Olympic Istimewa yang khas untuk orang-orang istimewa. Mereka ini sangat istimewa oleh itu memerlukan layanan khas. Saya ditugaskan untuk menjaga tali pinggang pinggan mangkuk (atau lebih dikenali dengan dish belt dalam bahasa kampung saya). Saya terasa sedikit pelik pada mulanya. Tidak pernah pula melihat ada pekerja menjaga kawasan itu kerana semua pasti tahu untuk menyelesaikan tanggungjawab masing-masing iaitu hanya meletakkan dulang anda di atas jejari bergerak itu dan membuang tisu dan sudu garpu pisau ke dalam lubang yang disediakan. Sangat mudah. Tatapi bukan untuk golongan istimewa ini. Maka sejurus kemudian saya pun mengerti sendiri mengapa perlunya kami menjaga kawasan itu. Kasihan mereka ini kerana mereka kurang paham apa perlu dilakukan tetapi ada juga yang mengerti jika diberi tunjuk ajar dengan satu per satu. Ini kali pertamanya saya one to one dengan golongan istimewa ini. Ikuti sebentar sedikit perbualan di bawah:

"Hi, are you a man??", kata seorang kanak-kanak.
"No, I'm not", kataku menjawab soalannya.
"You're not?? I thought you are a man."
"No, I'm not a man..", kataku lagi.
"So, you're a girl! I thought you're a man", katanya lagi.
"........", hanya memberi senyuman kepadanya.

dan ada juga yang sangat teruja dengan pingat-pingat mereka. Siap gantung kat leher banyak-banyak. Bling bling gtewwww.

"Hey, I won a medal!!!", tegur seseorang dengan sangat tinggi tahap keterujaannya.
"Wow that's good. And that's for?", balasku pula.
".....", tanpa menjawab soalanku dia beredar begitu sahaja dari tempat kejadian..

Itulah saja kisah saya pada kali ini. Selamat berhujung minggu!!

10 comments:

hani said...

hehe...comel je...
'r u a man?????' huhu...

..:: eT ^ zaTieY ::.. said...

hehe!
td kte ek bas lalu situuu..meriah gle! rmai betul org~
mmg pngalaman best btol la bai arini
=]]

Azri said...

wow, kau kerja kat findlay???
kenapa la kau kerja lepas aku balik malaysia...
takleh aku pau makanan...haha

Baizura said...

@hani: gler innocent muke budak tuuu!! pastu die tggu aku campak silverware pastu die ckp tq. teharu gler dowh arini.

@eT: meriah kan??? ramai gler org!

Farouk said...

mcm nk cari gado je bdak tu..huhu :p
hee..selamat bkerje bai,kerje rajen2 tau..nnt bole blanje ak~ muahahah XD

Baizura said...

@azri: aku rs tade pau kat findlay tu. ade bagels sume tuh ade lah.

@umar: budak tu sgt lurus la. kau la belanje aku. ko dahlah kat rumah je kan. duit mara tak guna pun kan. YES. Umar si orang kaya baru.

hani said...

comel sgt bdk 2!!!!
td ak round2 east naik basikal...best2!!
pas 2 jmp rmai org2 istimewa...those people are so innocent! comel sgt..

Baizura said...

@hani: wahhh mane dpt basikal????

hani said...

liyana ngn izzah nye.....mari berbasikal nnt!!! hee~

Anonymous said...

pastu fashli sebok nak curi basikal ktorg.huh ;p