Hai, saya Hernan Crespo. Memandangkan saya seorang sahaja penulis lelaki untuk blog ini, apa kata saya menceritakan apa yang berlaku selain daripada apa yang dialami rakan sekerja saya yang lain.
Hari ini merupakan hari yang sangat bosan, ditambah lagi dengan beras di rumah yang secara tiba-tiba habis. Sebagai lelaki sudah menjadi lumrah malas hendak ke Walmart, oleh itu saya menuju ke rumah orang lain untuk mengepau beras. Selepas siap memasak ( bukan saya yang memasak), kami menonton sebuah cerita klasik yang bertajuk "Gila gila Remaja". cerita ini sungguh menarik dan membuatkan saya ingin menggunakan Bahasa Melayu untuk masukan- masukan saya ke dalam laman web ini selepas ini.
Selepas menonton tayangan gambar yang sungguh mantap, saya berasa amat bosan lalu mula menaip masukan ini. Minggu ini adalah minggu terakhir kakak Dzuhailah kita di Penn State. Terasa sebak di hati memikirkan hari- hari yang bakal dilalui tanpa kehadiran beliau. Semoga beliau menikmati saat- saat terakhir beliau di bumi State College ini. Kepada adik- adik lain yang bakal menghadapi peperiksaan pertengahan semester, saya ingin mengucapkan selamat belajar dan mendapat markah yang tinggi di dalam peperiksaan. Sekian.

3 comments:
hahah..lawak ah-ha mmg terbaik~~ XD
syabas atas masukan baru anda ini!!
good luck2 midterms..
hehhe...pelikla dh xde exam nih..
lpas nih nk beraktiviti jgn la xajak..haishh..
Post a Comment