Tuesday, August 11, 2009

Jera datang lagi! (Part 1)

"Arghhh Jera lagiiii!!"

Okay serious. Mesti anda selalu baca majalah An-Nur atau Remaja atau Seventeen atau yang seangkatannya mesti ada ruangan kesihatan. Antara topic hangat yang for sure lah ada, tentulah mengenai masalah jerawat.


Hi Dr. Anti-Jera,

Saya baru berusia 12 tahun dan baru-baru ini saya rasa ada perubahan pada wajah saya. Perubahan tu cam ada tumbuh biji-biji kecil kat wajah saya dan bila disentuh akan rasa sakit! Tapi ada juga yang tak sakit tapi fenomena baru ini menyebabkan saya kurang selesa dengan wajah saya. Dulu takde pon.. Apakah ini? Saya harap doktor dapat memberikan penjelasan kepada saya.

Yang benar,

Adik bingung.


Lebih kurang camtu kan? Dan maklum balas surat Adik bingung itu..


Hi Adik Bingung,

Janganlah adik berasa bimbang! Ini semua normal bagi adik, kerana semua remaja mengalami masalah yang sama pada usia ini. Fenomena ini adalah dipanggil jerawat atau dalam bahasa Inggeris nya, acne. Ini semua kesan daripada perubahan hormon dalam badan adik. Untuk penerangan lanjut mengenai jerawat ini, sila baca muka surat 34.

Teruskan melanggan majalah _ _ _ _ _ _ ,
(nama majalah cannot be displayed here)

Doktor Anti Jerawat.


Adalah sangat tidak membantu Doktor Anti Jerawat ini kerana memberi jawapan bak melepas batuk di tangga semata-mata! Apakah...! Tetapi mungkin juga Doktor ini berniat untuk menjimatkan muka surat ruangan kesihatan tersebut memandang isu yang sama juga terdapat paga muka surat lain.. Jimat bajet lah katakan..


Kenapa dan kenapa? Kenapa perlunya tumbuh jerawat?

Dahla jerawat ini menjengkelkan!

dan juga sangat berpotensi menjatuhkan tahap konfiden seseorang!

...........


sabar..sabar.. jangan nak start mencarut-carut.. a no no no.. mesti ada hikmah disebaliknya..


Siapalah yang tidak merasa terganggu dengan jerawat... Hanya orang yang tidak berperasaan merasa begitu.. Malangnya kita semua mempunyai perasaan..

Bagaimana untuk mengatasi Cik Jera ini? Antaranya adalah..

1. Jauhi makanan berminyak
2. Pakailah produk muka yang bersesuaian
3. Jika anda mempunyai alergi, kurangkanlah makanan yang boleh meransang Cik Jera tumbuh di wajah
4. Jangan sesekali tidur dengan wajah bermake up.
5. Jangan sentuh Cik Jera, jika tidak banyak lagi akan tumbuh!
6. Jangan picit Cik Jera! If touched, permanent scar will exist! Cik Jera ini mudah melatah..
7. JAUHI STRESS!! =)



Bagaimana pula jika anda mempunyai masalah Cik Jera yang sukar untuk diatasi?

Mari kita ikuti temu bual Kak Jah, salah seorang shareholder summerblogspot.. Kak Jah mempunyai kisah silam yang berkait rapat dengan topik ini untuk dikongsi bersama peminat setia summerblogspot..





Nak tahu apa? Jeng Jeng Jeng.. Nantikan Part 2 Jera datang lagi... Tunggu....

3 comments:

Adeelah said...

berhajat menjauhi stress yang menjadi penyebab jerawat
tetapi ade jerawat yang menyakitkan timbul
dan ia penyebab stress!!
ni mesti sbb final ni
way to go~~
gudluck kepada sesiapa yang akan berfinal jua

daju said...

agak tidak sabar tuk tunggu part 2..hehh..
and adeelah..if jerawat penyebab stress..the cycle continue la ekk i guess..

jgn stress2 girls..cherish je life kt penn state tu

Mirae said...

haha. lawaknye. tak sbr nk tunggu temubual kak jah. hehe.