Friday, July 3, 2009

Kak Jah in the house

Hi pelanggan-pelangan tetap Kak Jah,

Di sini Kak Jah ingin memberikan perkembangan terkini lagi baru kepada peminat-peminat sekalian. (Ini arahan CEO)

Pertama kalinya, Kak Jah ingin mengucapkan tahniah kepada semua board members Summerblogspot yang mengambil kelas BA 241 kerana rata-rata mendapat grade yang amat mantap sekali. Tahniah. Begitu juga kepada separuh dari kami yang telah tamat melalui onak berduri di dalam kelas akaun sesi pertama.

Tapi perjuangan Kak Jah dan Setiausaha Berhormat Cik Iylia belum tamat lagi. Tapi tidak apa. Kami rasa bertuah sekali kerana peperiksaan kedua yang sepatutnya dilangsungkan pada hari Khamis iaitu semalam telah ditunda pada hari Selasa kerana rata-rata mahu pulang ke kampung halaman.

Tahniah juga diucapkan kepada pemilik eT Cleaning kerana sudah berjaya mendapatkan tender baru iaitu Lesen Kereta Pennsylvania. Tahniah Tahniah.

Kepada Setiausaha Berhormat Cik Iylia, Cik Haniza dan Pemilik Jannah Catering dan juga Kak Jah sendiri, ayuh mari kita berusaha bersama-sama untuk mendapatkan permit sebelum bulan Ogos. Ayuh! *menjulang panji di udara dengan penuh semangatnya*

Kepada CEO pula, cepat-cepatlah dapat lesen Pennsylvania ya. Nanti boleh bawak anak buah berjalan-jalan.

Abang Long juga cepat-cepat dapat lesen, umur dah 21 dah boleh masuk casino kat vegas sewa kereta nanti. *tersengih-sengih*

Kepada Financial Expertise syarikat, Cik Izyani, teruskan usaha menjadi penumpang berkhemah nanti. (Cik Izyani tidak akan tidur di dalam kereta maka amat sesuai menjadi co-Pilot driver)

Pada hari Selasa pula, Kak Jah, Pemilik Jannah Catering dan eT Cleaning telah berhempas pulas meyakinkan pemilik Syarikah C untuk menerima undingan damai. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya Selasa ini.

Semalam juga, CEO, Abang Long dan Kak Jah dengan rasa amat bangganya telah terpilih untuk meng-escort silent readers kita ke Newark International Airport. Semoga selamat sampai ke Malaysia kepada Nabil dan Tini. :)

Kak Jah juga telah mendapat tender baru dari Abang Long. Baiklah akan Kak Jah siapkan kertas kerja itu pada cuti mingguan ini.

Baru sebentar tadi, CEO dan pemilik eT Cleaning telah berlepas ke Washington DC untuk menghadiri mesyuarat tahunan bersama syarikat-syarikat besar yang lain. Bersama mereka, syarikat kami telah menjemput tiga orang auditors untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat besar tersebut iaitu : Kak Azie, Ju (dari Suny Buffalo) dan Izzah (dari Penn State). Auditors ini adalah individu luar yang bertanggungjawb untuk membuat analisa dalaman syarikat bagi memastikan tiada penipuan dan sebagainya.

Akhir kata,
SELAMAT MENYAMPUT HARI KEMERDEKAAN AMERIKA SYARIKAT - JULY 4TH.

Sempena hari yang bersejarah ini, Kak Jah menjemput pelanggan-pelanggan sekalian untuk menyaksikan bunga api di Bryce Jordan pada malam esok.

KAK JAH.

4 comments:

Anonymous said...

kak jah! rindu la kat awak!!! hugs

..:: eT ^ zaTieY ::.. said...

=]]]]

terbaik lah report kak jah ni

Adeelah said...

mne cik mulut murai??

..:: eT ^ zaTieY ::.. said...

ntah. =[