Thursday, July 16, 2009

Apabila CEO Bersama Staff & Silent Readers

Pada 2 Julai yang lepas, CEO dengan hati yang terbuka mengambil peluang untuk bermesra bersama 2 silent readers diatas katil dengan menghantar mereka ke Newark International Airport yang terletak di New Jersey.



(CEO yang berjiwa rakyat mengheret semua beg milik silent reader)


CEO ditemani 2 staff summer blogspot yang beria-ia untuk menemani kerana mereka cemburu apabila pemilik ET CLeaning sentiasa bersama CEO setiap kali CEO bekerja outstation.

Setelah melihat rekod kerja para staff SummerBlogspot, CEO telah memilih Abang Long dan Kak Jah kerana mereka didapati bebas dadah pada minggu itu.


(Para staff lain kelihatan sedih kerana tidak dapat mengikuti CEO untuk trip ke Newark)


Perjalanan kami ke Newark meminum memakan masa selama 4 jam.

CEO rasa sangat gembira kerana berpeluang mengukuhkan silaturrahim antara PennStaters. (Woah woah!!! Freshman antar senior). Umur bukanlah penghalang untuk mengeratkan hubungan because...
We Are... PennState!!!







On da way back, kami singgah di Las Vegas Dunkin Donut, di samping berbincang mengenai program akan datang bagi memeriahkan lagi Summer Blogspot.





(CEO yang berjiwa rakyat tidak segan silu untuk bergambar bersama staff (Kak Jah) di restroom)


Sekian, laporan dari CEO..

Wednesday, July 15, 2009

Congratulation!

Summer blogspot bakal meluaskan empayarnya ke bahagian Barat.
Ibu Pejabat akan bertempat di Waring Commons.

Para shareholders akan selalu di situ semasa lunch dan dinner.
Bukan utk makan2,
tetapi utk sediakan makanan.

bukan senang nk dpt makan masakan shareholders ni. Mana ada syarikat dalam dunia ni yg sgt bermurah hati utk sediakan makanan free* utk semua customers!

Tahniah saya ucapkan.
Pemilik eT cleaning.

*tertakluk kepada syarat dan peraturan.

Tuesday, July 14, 2009

Meeting Minutes

Date : July 10th, 2009 - Jumaat
Venue : 107 College Park
Time : 8.45 pm (Maghrib prayer)
Penyampai : Rahsia
Tajuk : Rahsia

Agenda:

1. Maghrib Prayer

2. Yassin recitation

3. Taaruf Session

4. STC introduction
- Venue:Wilderness State Park, Michigan
- Time: 14-16 August
- Fee:$30.00

5. Malaysian Food Festival information

6. Isha' prayer


Prepared by,

Iylia Ayuni Mohamad Rodzi
Secretary
Summer Blogspot

Monday, July 13, 2009

Ingatlah aku sayang kamu

Yeah, saya sangat busay this week. (tiru somebody tp mls nak quote sebab benda common)

Tapi saya tatap ingat kamu kamu. Saya penat sangat tapi saya tatap ingat kamu kamu.

Okay dah dah ape jiwang jiwang karat barat ni.

Congrats those who get to work in Waring Dining Commons next Fall. Woot woot baik ah Waring ni, baru mintak terus dapat. Say what?? Sebut ramai-ramai : Alhamdulillah.

Oh ya, nanti masa kerja panggil aku SHARIFAH okay? kihkihkih gedik I know but who cares. Tau tak kawan-kawan, Sharifah means noble or innocent? Start panggil sekarang pun takpe supaya tak kekok. CEO nanti nak panggil CEO ke? Perghh CEO, kalau hang tulis nametag hang nama CEO, SUMPAH COOL GILA. Orang tak pernah buat dowh. Sure hang famous gila.

We gotta work on our English girls, you don't want to get used talking in our mother tongue when working do you?

Girl 1: Wehhh ape name sayur ni? alaaa yang macam kobis tapi kaler putih ni.
Girl 2: errr errr.

lol tu aku lah tuh, Girl 1. tak tahu nama sayur, memang sayur.

Ok, sape nak guna iphone? Aku rasa cam NAKKKKK sangat je. Kerana saya suka berinternet di mana saja tidak mengira usia masa.

I asked att and they said if we wanna continue with our current account which we have to since we have two years contract, we only need to add $30 (or more) to our current bills. To get the iPhone, we have to pay from $99 to $300 (I think, I'm not sure, we need to double triple check on that). I believe it is way cheaper if we stick to our current account and just buy the phone. I thought to create a new family plan account and give away my number to new comers but after talking to the att officer, the least we need to pay is $80. It can get as high as $110. So think thoroughly before we decide.

Due to ambigous information above, let's ambush the at&t later.

iPhone dah murah ni oiit. Rasa nak tunggu lagi murah tapi sampai ke bila akan dapat guna?
Kalau nak yg latest skali tuh orang cakap ade compass eh. COOL la. Tidak perlu dah bawak the regular compass tuh nak solat between classes kat empty classes.
Tapi aku rasa nak guna yang lama je. Janji buleh online dan tangkap gambar jiwang tepi bak kata Fashli dan Ajwad

skarang aku gila lagu ni, kalau nak dengar silakan (best laaaaahhh)


Okay that's all from me.

Sherrrriiiiieeeefahhhhhh.


Wednesday, July 8, 2009

Ingatlah Orang Tersayang

Persoalan demi persoalan...

"Busy ker?"
"I'm so busy..."

Se'busy' mane pun anda, ingatlah orang tersayang...


--------------------------------------------------

Ok, tu xde kaitan dgn ape yg CEO nk tulis kali ni...

----------------------------------------------------

Seperti yang diketahui umum, CEO telah pun mengahadiri mesyuarat tahunan bersama syarikat-syarikat besar lain di Washington DC pada hujung mggu yg lepas. Hasil perbincangan kami ialah...


"Usrah pertama akan dijalankan utk pertama kalinya bagi summer session pada minggu ini..."

Date : July 10th, 2009 - Jumaat(sehari slepas birthday Bo)
Venue : 107 College Park
Time : 8.45 pm (Maghrib prayer)

Penyampai : Rahsia
Tajuk : Rahsia

"Dengan ini, saya sebagai CEO, menjemput semua wanita PennStaters yang tidak balik Malaysia utk menghadiri usrah ini.."

"InsyaAllah, kita akan solat Maghrib secara berjemaah.."

Tuesday, July 7, 2009

Warkah Dari Setiausaha

Hai, sume orang..

Sya Setiausaha Berhormat yang bru lepas buat balance sheet. Sye sudah bosan dgn sume sheet-sheet(bukn shit) trsebut jadi mgambil keputusan untuk mnulis entry ini.Pada hari yang mulia ini, sye ingn brcerita tntg shareholders2 dlm syarikat summer blogspot ini.

Kte mulekan dgn CEO.

Name beliau adalah Wan Shamilah dan lbih mesra dknali sbgai ShemWow, Shem, Mila, Mimi dan sbgainye. Beliau sgt sempoi dan suka bergaya(dan jge ske brangan mnjadi CEO). Sye sbgai Setiausaha Sulit amat mnyenangi prgai beliau y sedia menrima kwn2 seadanye. Wlaupun kdg2 CEO nmpk ganas, tetapi beliau sgt lmbut hati. CEO jge didapati sgt ske brjalan krna sll hilg pd stiap hjg mggu.

Kte truskan dgn Kak Jah.

Beliau mmpunyai kelebihan dlm bidang jahit-mnjahit mnybbkan beliau mmiliki butik trsendiri. Kak Jah(bukan nama sbnr) amat sukakan kucing. Beliau akn mnjadi excited dlm ape jua keadaan jika ada kelibat kucing mahupun bayang2 binatang trsebut. Kak Jah juga trknal dgn sifat optimis beliau dan sgt brsgguh2 apbla melakukan ape jua pkerjaan.Sye sbgai Setiausaha amat kagum dgn kebolehan beliau menaip dgn lbih laju dri saya. Selaen itu, Kak Jah juga amt unik kerana beliau mampu brbahasa dlm bahasa y sye sbgai setiausaha tdak faham.Bahasa trsebut dikenali sbgai Bahasa Sarawak.

Next, Pemilik ET Cleaning

Dlm byk2 org, beliau ini amat aktif menyertai persatuan2. Sye sbgai setiausaha sulit juga amat jarang mendampingi CEO ke majlis2 atasan tidak seperti pemilik ET Cleaning ini. Jika kte mengimbau pada masa lalu, pemilik ET Cleaning ini buknla brsifat sprti skrg. Mungkin setelah menyertai syarikat kami, beliau telah brjaya merubah perwatakan sprti CEO(sle rujuk post2 beliau utk mnmbah kepastian).Sye jge amat mgagumi kerajinan beliau bekerja.

Financial Expertise Syarikat, Cik Izyani

Mungkin rmai y tdak tahu bahawa Cik Izyani lebih muda setaun dr semua shareholders y laen. Walau bagaimanapun, sye sbgai setiausaha sulit amat mengagumi kematangan beliau. Setelah dianalisa, Setiausaha telah memutuskan beliau sbgai shareholder y plg bijak dan juga memiliki sifat2 mahmudah seperti mnjaga kebajikan shareholder2 y laen.Tahniah diucapkan kepada beliau.

Jannah Catering

Mndgar shja bunyi catering, pasti rmai y tahu bahawa beliau ini pndai memasak. Mmg itula kelebihan beliau dr shareholder2 y laen. Setiausaha jge sering melihat sifat gelabah beliau dlm melakukan apa2 perkara.Wlau bgaimanapun, sifat itu dpt dikwal oleh beliau sndri. Beliau jge didapati ske brgaya brbnding dgn shareholders y laen tp kurg brshoppg brbndg dgn setiausaha. Atas usaha mnjd kurus, beliau sering ddpati berjongging pd stiap petang dan brmaen tennis. Syabas diucapkan.

Haniza(pelakon)

Apabila setiausa menutup mata utk mgingat bgaimana rupa beliau, pasti lesung pipitnye y unik y akan trpancar di minda. Beliau mmpunyai lesung pipit y aneh sekali iaitu di atas rangka pipi. Sbgai pelakon, mmg benar bhwa beliau ini amat brgaya dlm pemilihan baju mahupun ketika berjalan. Antra y mnrik tntg beliau, beliau akan mengenakan contact lens spya kerjayanye sbgai artis tidak trgugat.Beliau juga memiliki seluar tidur y sama dgn setiausaha

Abg Long

Beliau adalah satu-satunya lelaki dalam syarikat kami. Setiausaha amat tidak suka utk ber YM dgn beliau kerana beliau tidak akan mmblas. Oleh itu, sgla urusan dgn beliau adlh mnggunakan telefon. Setiausaha amat kagum dgn kebolehan beliau makan. Kapasiti perut beliau adalah 5 kali ganda brbnding perut setiausaha. Saya, sbgai setiausaha juga takjub dgn perwatakan beliau y sering mgatakan dri sndri kacak lantas menolak kekacakan lelaki2 laen. Beliau juga pndai berenang berbnding shareholders y laen.


Begitula saja dr sye,

Setiausaha Sulit

Friday, July 3, 2009

Kak Jah in the house

Hi pelanggan-pelangan tetap Kak Jah,

Di sini Kak Jah ingin memberikan perkembangan terkini lagi baru kepada peminat-peminat sekalian. (Ini arahan CEO)

Pertama kalinya, Kak Jah ingin mengucapkan tahniah kepada semua board members Summerblogspot yang mengambil kelas BA 241 kerana rata-rata mendapat grade yang amat mantap sekali. Tahniah. Begitu juga kepada separuh dari kami yang telah tamat melalui onak berduri di dalam kelas akaun sesi pertama.

Tapi perjuangan Kak Jah dan Setiausaha Berhormat Cik Iylia belum tamat lagi. Tapi tidak apa. Kami rasa bertuah sekali kerana peperiksaan kedua yang sepatutnya dilangsungkan pada hari Khamis iaitu semalam telah ditunda pada hari Selasa kerana rata-rata mahu pulang ke kampung halaman.

Tahniah juga diucapkan kepada pemilik eT Cleaning kerana sudah berjaya mendapatkan tender baru iaitu Lesen Kereta Pennsylvania. Tahniah Tahniah.

Kepada Setiausaha Berhormat Cik Iylia, Cik Haniza dan Pemilik Jannah Catering dan juga Kak Jah sendiri, ayuh mari kita berusaha bersama-sama untuk mendapatkan permit sebelum bulan Ogos. Ayuh! *menjulang panji di udara dengan penuh semangatnya*

Kepada CEO pula, cepat-cepatlah dapat lesen Pennsylvania ya. Nanti boleh bawak anak buah berjalan-jalan.

Abang Long juga cepat-cepat dapat lesen, umur dah 21 dah boleh masuk casino kat vegas sewa kereta nanti. *tersengih-sengih*

Kepada Financial Expertise syarikat, Cik Izyani, teruskan usaha menjadi penumpang berkhemah nanti. (Cik Izyani tidak akan tidur di dalam kereta maka amat sesuai menjadi co-Pilot driver)

Pada hari Selasa pula, Kak Jah, Pemilik Jannah Catering dan eT Cleaning telah berhempas pulas meyakinkan pemilik Syarikah C untuk menerima undingan damai. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya Selasa ini.

Semalam juga, CEO, Abang Long dan Kak Jah dengan rasa amat bangganya telah terpilih untuk meng-escort silent readers kita ke Newark International Airport. Semoga selamat sampai ke Malaysia kepada Nabil dan Tini. :)

Kak Jah juga telah mendapat tender baru dari Abang Long. Baiklah akan Kak Jah siapkan kertas kerja itu pada cuti mingguan ini.

Baru sebentar tadi, CEO dan pemilik eT Cleaning telah berlepas ke Washington DC untuk menghadiri mesyuarat tahunan bersama syarikat-syarikat besar yang lain. Bersama mereka, syarikat kami telah menjemput tiga orang auditors untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat besar tersebut iaitu : Kak Azie, Ju (dari Suny Buffalo) dan Izzah (dari Penn State). Auditors ini adalah individu luar yang bertanggungjawb untuk membuat analisa dalaman syarikat bagi memastikan tiada penipuan dan sebagainya.

Akhir kata,
SELAMAT MENYAMPUT HARI KEMERDEKAAN AMERIKA SYARIKAT - JULY 4TH.

Sempena hari yang bersejarah ini, Kak Jah menjemput pelanggan-pelanggan sekalian untuk menyaksikan bunga api di Bryce Jordan pada malam esok.

KAK JAH.